Baru 5 tahun tapi langsung tak takut 'surf' di laut buat netizen terpegun!

Oleh: Shasha Zack

Tidak semua orang berani menyahut cabaran melakukan aktiviti lasak tidak kira di laut atau udara. Namun, jika minat mengatasi segalanya, ianya akan membuatkan seseorang itu mencuba meskipun umur masih muda.

Itulah yang dikongsikan oleh seorang bapa mengenai anaknya yang baru berusia 5 tahun, namun telah berani mencuba aktiviti 'surfing' sehingga buat netizen ternganga!

Muka selamba, langsung tak takut

Video yang dimuat naik oleh @idrismudtaffa di Tiktok mendapat perhatian netizen yang kagum dengan keberanian si comel berusia 5 tahun tersebut yang boleh meluncur air dengan hanya dipantau oleh ayahnya dari jauh.

Gelagat mereka yang bertepuk dua tangan di akhir video tanda meraikan kejayaan juga dipuji netizen atas sokongan yang diberi oleh ayah budak perempuan ini.

"Aku respect, budak ni selamba je.."

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum dan teruja dengan keberanian yang ditunjukkan budak peremuan berusia 5 tahun ini. Malahan netizen turut mengakui meskipun lebih tua dari budak tersebut, namun dia tidak berani mencuba aktiviti ini.

"Power la adik."

Ramai juga netizen yang teruja dengan keberanian adik berusia 5 tahun ini dan kagum dengan sokongan dari keluarga yang mengajar aktiviti lasak sejak usia muda.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen