Hati-hati pilih bilik hotel, ini 5 tempat penginapan agak 'keras' di Malaysia

Oleh: Zuzu Yasmine

Bila tiba hujung tahun ini, pastinya ramai mencuri peluang untuk pergi melancong bersama keluarga. Bukan sahaja mengeratkan hubungan namun juga merehatkan minda selepas berbulan-bulan sibuk dengan kerja.

Namun, apa yang membimbangkan setiap kali bercuti ini adalah pemilihan tempat penginapan. Mana tidaknya, kadang kala kita tak sedar ada tempat yang diganggu mahluk yang tidak nampak ini.

Jadi buat anda yang hendak pergi bercuti, hati-hati dengan lima tempat penginapan ini. Ada yang kata tempat ini ‘agak keras’.

Highland Tower, Kuala Lumpur

Dahulu, terdapat Highland Tower merupakan sebuah apartment mewah yang didiami oleh pelbagai lapisan masyarakat. Bagaimanapun, satu tragedi runtuhan telah meragut puluhan nyawa. Hanya segelintir saja mayat yg di jumpai. Selebihnya masih terkubur di sana. Itu yang dikatakan tempat ini agak seram pada orang yang tinggal berhampiran dengannya.

Banglo Mona Fandey, Shah Alam

Banglo ini pernah didiami oleh seorang artis tidak terkenal tanah air yang juga merupakan seorang bomoh. Beliau dan suaminya serta seorang pembantunya telah terlibat dalam satu kes pembunuhan di Temerloh, Pahang yang telah menggemparkan dunia.

Kemayan City, Johor Bahru

Tempat ini merupakan sebuah komplek membeli belah yang terbengkalai sejak sekian lama. Orang-orang mempercayai komplek tersebut telah menjadi tempat kediaman pelbagai makhluk halus.

Lebuhraya Karak, Pahang

Kisah sebuah kereta Volswagon kuning tanpa pemandu yang melalui lebuhraya ini tentunya sangat terkenal buat pengguna jalan raya. Bukan sahaja menakutkan namun, kawasan terowong ini juga seringkali mengakibatkan kemalangan yang meragut banyak nyawa.

Villa Nabila, Johor Bahru

Pada suatu masa dahulu, Johor Bahru di gemparkan dengan satu kes pembunuhan di sebuah villa. Sejak dari saat itu, banyak penemuan-penemuan mistik telah terjadi di sekitar kawasan tersebut. Banyak juga kisah versi lain berkaitan villa ini.

Apa-apa pun ini sekadar cerita yang disampaikan dari seseorang ke seseorang yang lain namun, kesahihannya tidak dapat dipastikan. Mungkin kena cuba pergi sendiri?

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen