Nyawa musuh di hujung pedang, kenali lima pemerintah digeruni dalam sejarah dunia

Dalam sesebuah kerajaan, terdapat seorang ketua atau pemimpin yang dilantik bagi melancar sistem pemerintahan selain melindungi rakyat dari segala ancaman musuh luar.

Namun, tak semua kerajaan zaman dahulu berjiwa rakyat, sebaliknya mereka lebih memilih untuk mendidik rakyatnya dengan kekejaman dan penindasan sekiranya ada yang menentang.

Untuk makluman, berikut merupakan antara lima pemimpin paling kejam dan digeruni dalam sejarah dunia: 

1. Joseph Stalin

Beliau mula memerintah pada tahun 1924 bagi menggantikan Vladimir Lenin dan telah memperkenalkan sistem '5 Years Economic Plans'.

Bentuk kekejaman yang dilakukan oleh Stanlin antaranya adalah memaksa para petani untuk bekerjasama dan akan dirampas tanahnya selain dibunuh dengan kejam sekiranya mereka menentang tawaran itu.

Dalam waktu sama, mereka juga dipaksa bekerja habis-habisan sehingga ada yang mati.

Selain itu, Stanlin juga melakukan 'Great Purge' atau 'Pembersihan Besar-besaran' pada  1934 yang tertumpu kepada kaum intelektual, pegawai pemerintahan dan angkatan bersenjata yang menentangnya.

Walaubagaimanapun, Jospeh Stanlin telah meninggal dunia pada 5 Mac 1953.

2. Genghis Khan

Tampuk pemerintahannya telah bermula sejak tahun 1206 hingga 1227 dengan diketuai oleh Genghis Khan sendiri yang telah mencipta kejayaan pertamanya menyatukan suku-suku Mongol pada usia 20 tahun.

Kekuatan tentera Genghis merupakan antara tentera terkuat dan digeruni pada suatu ketika dahulu sehingga sekitar 20 hingga 60 juta pasukan musuh telah tewas semasa pertempuran.

Mereka akan menyerang berbagai wilayah yang tidak mahu tunduk pada kekuasaanya selain memukul ramai orang.

3. Ivan IV

Ekspresi wajahnya nampak menggerunkan, namun dia tidak sekejam Joseph Stalin malah kekejaman Ivan boleh dihitung dengan jemari.

Walaubagaimanapun, siapa sangka sewaktu pemerintahan Ivan IV, beliau berjaya memiliki wilayah sepertiga dunia di Rusia.

Menurut sumber, Ivan IV mempunyai masalah mental sehingga membuatnya bersikap paranoid termasuk dengan ahli keluarga sendiri. Difahamkan, beliau pernah memukul menantu perempuannya yang sedang hamil dan membunuh anak kandungnya kerana terlalu marah.

4. Idi Amin

Pemerintah seterusnya adalah Idi Amin yang telah memegang Uganda selama 9 tahun. Namun, rakyatnya akui ia merupakan tempoh terburuk kerana Idi dikenali sebagai presiden yang sangat kejam.

Beliau menganggap semuanya adalah musuh dan berani menyiksa serta membunuh pesaingnya, terutama dalam campur tangan urusan politik. Tidak dengan itu, beliau juga telah membunuh sekitar 300 ribu rakyatnya sendiri.

Lebih parah lagi, Idi akan menyalahkan penduduk Asia atas masalah ekonomi di negaranya sebelum menghalau mereka keluar dari Uganda.

5. Adolf Hitler

Setiap pemimpin ada cara tersendiri untuk mendidik rakyatnya, namun Adolf Hitler ini lebih memilih untuk 'melenyapkan' terus individu yang bermasalah.

Sewaktu pemerintahannya selama 12 tahun, seramai 6 juta kaum Yahudi telah mati ditangannya di mana mereka dipaksa bekerja sampai mati, kelaparan, kekurangan gizi dan dikurung dalam sebuah bilik yang mempunyai gas beracun.

Bukan itu sahaja, rakyatnya seramai 5 juta juga menjadi korban Adolf yang mana rata-ratanya terdiri dari kaum homoseksual, pengembara, seniman dan rakyat menghidap penyakit tidak boleh disembuhkan.

Walaubagaimanapun, Adolf meninggal dunia dengan cara bunuh diri selepas tewas melawan sekutu dalam pertempuran Berlin.

Justeru itu, kita patut bersyukur dengan pemimpin negara kerana tidak wujud lagi penindasan dan kekejaman seperti yang terjadi pada zaman dahulu.

Malah, rakyat tidak lagi perlu mengorbankan diri untuk menentang musuh di medan pertempuran kerana telah terjalinnya hubungan diplomatik yang baik dengan negara luar.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen