Tampil anggun dihari pernikahan bersama cermin mata, pengantin buat geng rabun lega

Buat mereka yang berkaca mata, apabila menjelang hari bahagia pastinya ramai yang mula mencuba-cuba mengenakan kanta lekap bagi tampil lebih anggun di hari bahagia.

Mana tidaknya, penggunaan kanta lengkap ini dikatakan tidak akan menggangu solekan yang dikenakan pada hari bermakna itu jika hendak dibandingkan penggunaan cermin mata.

Anggun di hari pernikahan dengan cermin mata.

Bagaimanapun, lain pula dengan pengantin perempuan yang dikenali sebagai Nurain Sariman ini menjadi tumpuan pengguna TikTok apabila tampil yakin dengan memakai cermin mata di hari bahagianya.

Berkongsi koleksi foto pernikahan yang baru diterima daripada jurugambar, Nurain dilihat sangat menawan bersama busana serba putih serta cermin mata berbingkai hitam miliknya.

Nurain yang memuat naik dua video yang memaparkan foto hasil ‘photoshoot’ bersama suami di dalam dan luar rumah semasa hari pernikahannya.

“Jarang nampak pengantin pakai cermin mata masa kahwin...”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terutama golongan rabun mengucapkan terima kasih kerana kepada Nurain kerana membuat diri mereka rasa yakin untuk tampil mengenakan cermin mata di hari bahagia nanti.

Malah, mereka juga memuji akan keyakinan Nurain kerana menjadi antara orang pertama yang menolak mengenakan kanta lekap di hari pernikahan.

“Terima kasih buat kita orang confident...”

Pakai cermin mata pun ‘still’ cantik

Lepas ni tak payah susah-susah pakai ‘lens’

Anda masih keseorangan?

1,009,881 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen