"Saya berikrar untuk tidak moody." - Geng nak pergi bercuti ikrar tak buat perangai cuit hati netizen

Oleh: Shasha Zack

Sejak pelepasan rentas negeri kini lebih longgar, ramai yang merancang percutian bersama insan tersayang. Tidak kira keluarga atau sahabat, tempoh percutian yang dirancang diharapkan dapat menghiburkan hati dan melepaskan tekanan yang ada.

Begitulah kisah sekumpulan sahabat yang merancang percutian bersama dan gelagat mereka melafazkan ikrar untuk 'tidak buat perangai' menarik perhatian netizen.

"Ada yang buat perangai siap kau."

Menerusi perkongsian @shrhazrf di Tiktok, merakamkan momen kelakar dan 'relatable' dengan semua sahabat yang merancang percutian bersama apabila mereka membuat ikrar dan janji untuk tidak sama sekali 'moody' semasa dalam tempoh percutian.

"Ya kalau sorang moody habis effect semua.."

Tinjauan ke ruangan komen mendapati rata-rata netizen bersetuju malahan menyokong tindakan mereka yang melafazkan ikrar demi mengekalkan momentum gembira sepanjang bercuti.

Ada yang mengatakan jika seorang yang hilang mood, maka ianya akan menjejaskan mood yang lain untuk kekal gembira.

"Kena buat macam ni.."

Ada juga netizen yang berkongsi pernah mengalami situasi salah seorang rakan yang tiba-tiba 'moody' dan mengakibatkan yang lain turut sama hilang 'mood'. Maka dia bersetuju untuk turut melaksanakan ikrar seperti video yang ditonton.

"Saved this ikrar."

Tidak ketinggalan juga netizen yang berhasrat untuk 'mencontohi' ikrar tersebut untuk diaplikasi kepada sahabat pada percutian akan datang.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen