Lima banjir besar pernah melanda negara, yang dekat Kelantan tu mesti ramai ingat kan?

Oleh: Zuzu Yasmine

Hujan lebat yang melanda negara setiap hujung tahun pastinya akan memberi kebimbangan pada orang ramai. Mana tidaknya hujan lebat dan berpanjangan pastinya akan mengakibatkan banjir teruk dibeberapa kawasan.

Sebelum ini, Malaysia juga beberapa kali berdepan dengan banjir besar hingga mengorbankan nyawa selain memusnahkan harta benda penduduk setempat. Berikut adalah banjir besar yang pernah melanda negara.

Banjir mencecah ketinggan 143.8 kaki

Banjir ni dah menenggelamkan kebanyakan kawasan Perak terutamanya dikawasan penempatan sekitar Sungai Perak, Sungai Kinta, Sungai Batang Padang iaitu Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta Batang Padang dan Hilir Perak.

Kejadian banjir ini dipercayai berpunca daripada demografi kawasan tanah Perak yang rendah dan paras air yang sangat tinggi sehingga melebihi paras tebing Sungai Perak yang biasanya mempunyai ketinggian 105 kaki. Ia terjadi ekoran daripada hujan lebat yang turun tak berhenti-henti. Pada 30 Disember 1926, paras air naik melebihi 143.8 kaki iaitu lebih teruk berbanding paras air banjir semasa dalam tahun 1897.

Akibat daripada banjir yang melanda ini, ia memusnahkan Istana Sri Sayong yang terletak kat tebing Sungai Perak sehingga terpaksa digantikan dengan istana baru iaitu Istana Iskandariah.

Banjir meragut nyawa di Kedah dan Perlis

Untuk makluman, kawasan Utara Malaysia adalah kawasan yang mudah untuk dilanda banjir kilat. Pada tahun 2010, banjir terburuk telah berlaku di negeri Kedah dan Perlis yang mana telah melibatkan lebih 50,000 mangsa yang dipindahkan ke kawasan penempatan sementara. Lebih menyedihkan ada enam orang mangsa yang meninggal dunia akibat lemas.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, punca banjir ini berlaku kerana fenomena La Nina yang merupakan angin kencang dan hujan turun dengan lebat. Kadar air hujan yang turun juga bukan sahaja lebat tapi ianya lebih banyak daripada kadar biasa.

Banjir di Sabah dan Sarawak

Negeri Sarawak pernah mencatatkan sejarah banjir paling teruk iaitu pada tahun 2009 yang mana telah mencatatkan kerugian berjumlah lebih kurang RM300 juta. Antara punca yang telah mengakibatkan kejadian banjir ini ialah kerana hujan lebat dan tekanan udara yang rendah di Sarawak dan Kalimantan yang menyebabkan pembentukan awan.

Selain itu, Sabah juga antara kawasan yang sering dilanda banjir secara tiba-tiba akibat daripada kadar hujan yang turun lebih banyak daripada kadar normal. Pada tahun 2017, berlaku satu banjir yang mana telah menyebabkan runtuhan sebuah jambatan yang menghubungkan jalan ke Kota Kinabalu.

Banjir kuning di Kelantan

Negeri Kelantan memang dah sinonim dengan situasi banjir setiap tahun. Pada tahun 2014, Kelantan alami banjir yang paling teruk sehingga banjir tu dinamakan sebagai banjir kuning. Menurut kerajaan Kelantan, kejadian banjir teruk yang berlaku pada tahun 2014 adalah disebabkan musim monsun pada setiap tahun yang akan menurunkan hujan yang lebat.

Pada tahun tu jugak, berlaku fenomena angin monsun yang diberi nama 'New Moon' dengan kelajuan angin 50-60 KM sejam yang telah menyebabkan kadar paras air laut naik.

Banjir Termenung di Johor

Bukan hanya negeri Pantai Timur sahaja akan dilanda banjir apabila tiba musim angin monsun, namun negeri Johor juga antara negeri selatan yang pernah terjejas teruk akibat banjir yang mana pada ketika itu air naik dan tak bergerak sehingga ianya digelar sebagai 'banjir termenung'.

Banjir Termenung dilaporkan berlaku akibat daripada pertembungan air laut dan hujan yang turun secara berterusan dan menyebabkan air lambat nak surut.

Musim-musim hujan ini pasti kawasan-kawasan tertentu sentiasa bersiap sedia kan.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen