Gelagat sekumpulan lelaki menyelit elak anjing cuit hati netizen - "Kalau terlepas auto spiderman."

Oleh: Shasha Zack

Anjing merupakan haiwan yang tidak dinafikan comel namun adakalanya agresif, bergantung kepada baka dan jenisnya. Walaubagaimanapun, sebagai muslim, haiwan tersebut haram jika tersentuh dan perlu melalui proses samak atau sertu mengikut keadaan dan cara tersentuh.

Begitulah kisah yang dikongsikan oleh salah seorang geng lelaki di Tiktok yang menyelit antara satu sama lain demi mengelakkan tersentuh 'abang kawasan' yang sedang lalu itu.

"Beri laluan abang kawasan nak lalu."

Video yang dimuat naik oleh @mrjambang431 menunjukkan reaksi sekumpulan lelaki tersebut yang kelihatan cuak sehingga sanggup menyelit antara satu sama lain demi mengelak bertemu muka dengan 'abang kawasan' yang gebu tersebut.

Gelagat mereka mengundang tawa netizen yang menyifatkan sikap mereka sebagai sesuatu yang lucu gara-gara menghimpit satu sama lain kerana bimbang anjing tersebut terlepas bila-bila masa.

"Ni kalau terlepas auto boleh terbang.."

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan gelagat sekumpulan lelaki tersebut.

Malahan ada netizen yang mengatakan jika anjing tersebut terlepas, dikhuatiri mereka semua terbang demi menyelamatkan diri.

"Ku sangkakan anak patung teddy bear.."

"Muka sorang2 dok menyelit.."

Ada juga yang terhibur melihat reaksi muka masing-masing yang menyelit demi menyelamatkan diri dari haiwan tersebut.

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen