Demi content, ibu bapa dikecam biar anak nangis kena 'gomol' dengan kucing

Oleh: Shasha Zack

Bagi pencinta kucing, pasti ramai yang membela haiwan kesayangan mereka dengan penuh kasih sayang malah melayan si bulu tersebut sama rata dengan anak mereka.

Lain pula halnya dengan sebuah video yang menunjukkan seorang budak yang meronta sehingga menangis akibat di'gomol' teruk oleh seekor kucing.

Agresif betul kucing tu

Video berdurasi 18 saat itu mengundang kecaman netizen apabila ibu bapa kanak-kanak tersebut langsung tidak menghalang si kucing dari terus menggomol anak mereka. Malahan mereka masih membiarkan anak mereka dipeluk agresif oleh haiwan berkenaan biarpun kanak-kanak terebut telah menangis dan meronta untuk melepaskan diri.

Dimuat muat naik oleh pengguna dengan nama @Amazingchannel di Tiktok, video tersebut mendapat tontonan mencecah 30.7 ribu dari netizen.

"Bahaya biar anak dengan kucing dok buat macamtu.."

Tinjauan ke ruangan komen mendapati rata-rata netizen mengecam tindakan ibu bapa kanak-kanak tersebut yang langsung tidak 'meleraikan' perlakuan agresif haiwan berkenaan. Malahan jika kuku kucing terkena mata anak mereka, kemungkinan boleh membawa bahaya.

"Kalau dah sampai anak menangis macamtu, jangan biarkan.."

Ada juga seorang pencinta kucing tampil membuat kenyataan bahawa jika anaknya 'diperlakukan' sedemikian oleh si kucing, dia tetap tidak akan membenarkan ianya berlaku kerana ianya telah melibatkan emosi anak yang menangis dan marah dengan situasi itu.

"Its painful you know."

Ada juga netzen yang merasa sakit hati dan merasakan kesakitan yang dirasai oleh kanak-kanak tersebut.

 

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen