Hukuman ala askar, ayah denda anak 'roll' depan rumah buat ramai berdekah.

Oleh: Shasha Zack

Golongan askar sememangnya terkenal dengan individu yang berperwatakan tegas, penuh disiplin dan patuh dengan masa.

Hal ini lah yang dipraktikkan oleh seorang askar terhadap anaknya yang bangun lewat dan dikenakan denda serupa seorang askar telah menarik perhatian netizen.

"Latihan pagi lambat, kena denda roll.."

Menerusi video yang dimuat naik oleh @cikfaa_official yang tular di Tiktok menunjukkan hukuman yang dilalui oleh anak-anak seorang askar akibat lambat memulakan latihan. Dapat dilihat, anak perempuan mereka dikehendaki membuat 'roll' beberapa kali di hadapan rumah mereka sehingga nun jauh ke rumah jiran.

Walaupon kecil lagi, tapi latihan dah hardcore

Setelah tular video mengenai denda terhadap anak-anaknya, ibu ini memuat naik satu lagi video menunjukkan latihan yang perlu dijalani oleh anak mereka pada setiap pagi. Apabila melihatnya, memang dapat dirasakan aura askar yang tegas semasa mengajar anak!

"Rutin anak-anak askar.."

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan situasi yang dilalui oleh satu keluarga tersebut. Hal ini kerana bagi mereka yang turut sama merupakan anak seorang askar, perkara tersebut merupakan rutin seharian yang perlu dijalani.

"Pernah kena dulu masa kecik-kecik.."

Ada juga yang berkongsi pengalaman pernah melalui pengalaman tersebut semasa kecil memandangkan bapanya juga adalah seorang askar.

"Bukan kaleng-kaleng ni.."

Ramai juga yang melihat semangat anak kecil tersebut dan menyifatkan dia bukan 'biasa-biasa' kerana mampu menjalani latihan dan menghadapi denda yang diberikan oleh bapa mereka.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen