Layan anak tiri seperti darah daging sendiri, isteri terharu lihat kasih sayang suami

Bapa tiri atau ibu tiri ini biasanya sangat sinonim dengan seorang yang garang atau pilih kasih terhadap anak-anak.

Bagaimanapun, tidak semuanya seperti itu malah boleh jadi itu hanya sekadar di dalam drama televisyen sahaja.

"Dia hanya bapa tiri..."

Menerusi satu video dimuat naik oleh pengguna TikTok dikenali sebagai @akmaghani0 ini memaparkan suaminya sedang menguruskan anak-anak.

Sama layanan seperti seorang ayah kandung, lelaki berkenaan rupanya bapa tiri kepada anak-anak tersebut.

“Walaupun dia hanya ayah tiri tapi dia yang terlalu ambil berat urusan anak-anak...” ujar wanita berkenaan di ruangan kapsyen.

Dalam video berdurasi 26 saat itu dapat dilihat lelaki berkenaan memeluk dan mencium anak-anak tersebut dengan penuh kasih sayang seperti seorang bapa kandung.

Sehubungan dari perkongsian tersebut, rata-rata warganet memuji akan layanan lelaki berkenaan kepada anak-anak tirinya. Malah mereka turut mendoakan kebahagiaan keluarag tersebut agar terus bahagia.

Bila hati ikhlas berkahwin

Tak semua bapa tiri tu jahat

Kongsi pengalaman

Semoga bahagia selamanya

Anda masih keseorangan?

1,009,871 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen