Selepas 12 tahun di tirai besi, banduan sebak bersatu kembali dengan anak & isteri

Oleh: Zuzu Yasmine

Setiap manusia tidak akan pernah lari dari kesilapan namun setiap orang berhak diberikan peluang kedua dalam hidupnya selepas menyedari akan kesilapan yang pernah dilakukan.

Rindu terlerai selepas 12 tahun di penjara.

Peluang kedua itu berhak diberikan kepada sesiapa sahaja sama seperti perkongsian daripada seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @hamizan_yusuf apabila memuat naik satu video seorang banduan yang baru bebas daripada penjara.

Lebih sebak lagi apabila kepulangan lelaki tersebut selepas 12 tahun dinanti disambut dengan dakapan kerinduan daripada ahli keluarga yang setia menanti.

Menerusi video tersebut, dapat dilihat isteri dan anak-anaknya menyambut dengan air mata kegembiraan selepas 12 tahun ditahan di sebalik tirai besi.

Pengguna TikTok tersebut turut memaklumkan segala persoalan mengenai di mana ketua keluarga itu terjawab selepas pertemuan tersebut.

Sehubungan dari perkongsian tersebut, rata-rata warganet turut sebak akan penyatuan keluarga berkenaan. Malah, mereka turut memuji kesetiaan isteri yang sanggup menunggu suaminya selama 12 tahun.

Setia sungguh isteri dia

Moga ada sinar baru lepas ni

Bagus keluarga dia

Kadang jadi mangsa keadaan

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen