Ditarik masuk kereta lelaki tak dikenali di hadapan sekolah, pelajar perempuan berjaya meloloskan diri

Oleh: Zuzu Yasmine

Seorang pelajar perempuan berdepan detik cemas apabila dilarikan seorang lelaki menaiki kereta jenis Perodua Kancil di hadapan sekolahnya di Taman Molek, Johor Jaya di sini pada pagi Khamis.

Bagaimanapun, pelajar perempuan berkenaan berjaya meloloskan diri selepas sempat meminta bantuan daripada orang awam yang berada di tempat kejadian.

Sehubungan itu, Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Sohaimi Ishak yang mengesahkan polis menerima laporan mengenai kejadian melarikan orang yang tular di media sosial itu berkata, kejadian berlaku pada kira-kira jam 6.50 pagi semasa pelajar berumur 13 tahun itu baru turun dari van sekolah.

“Pelajar itu menyatakan selepas turun daripada van, sebuah kereta dipandu lelaki tempatan tidak dikenali, datang kepadanya serta meminta dia menghantar satu borang ke sekolah, dan lelaki itu meminta pelajar berkenaan masuk ke dalam kereta, namun dia enggan.

“Kemudian mangsa ditarik masuk ke dalam kereta dan dibawa lari di sekitar Taman Molek kira-kira 400 meter dari lokasi kejadian, sebelum pelajar itu berjaya melepaskan diri,” katanya.

Beliau berkata, polis sedang giat berusaha mengesan lelaki berkenaan dan kes sedang disiasat mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan melarikan orang.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen