Dituduh curi pembesar suara, video lelaki maut ‘dicekik’ tular di media sosial

Tular video di Whatsapp mengenai seorang lelaki maut dicekik dalam sebuah pergaduhan yang tercetus kerana pembesar suara. Kejadian berlaku di Flat Ashby Road, di hadapan sebuah warung pasar pagi pada jam 9 pagi.

Video yang dikongsikan semula oleh @JetsamCadillac di Twitter mendapat perhatian netizen yang tertanya-tanya mengenai punca kematian tersebut.

Mangsa dituduh mencuri pembesar suara

Menurut Harian Metro, Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, polis berjaya memberkas 3 suspek lelaki yang berusia 34, 47 dan 60 tahun di lokasi kejadian. Suspek ditahan mengikut seksyen 302 Kanun Keseksaan bagi membantu siasatan.

"Hasil siasatan awal mendapati suspek difahamkan tidak berpuas hati kerana mendakwa mangsa mencuri pembesar suara kepunyaan salah seorang daripada mereka (suspek)".

"Suspek jumpa mangsa dengan pembesar suara.."

Mior Faridalathrash berkata, difahamkan mangsa yang berusia 29 tahun dipegang pada leher dan dicekik menyebabkan faktor mangsa meninggal dunia.

"Suspek jumpa mangsa bersama dengan pembesar suara berkenaan sebelum berlaku pertengkaran dan pergelutan yang menyebabkan mangsa terbunuh."

Pihaknya juga berkata mangsa dipercayai mempunyai masalah mental.

"Polis turut merampas sebilah pisau lipat milik mangsa ketika siasatan dilakukan di lokasi kejadian."

Suspek direman seminggu

Ketiga-tiga suspek yang ditahan akan direman selama satu minggu bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun keseksaan (KK) kerana membunuh.

 

Anda masih keseorangan?

1,009,881 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen