Gelagat budak sekolah patah balik, lupa ambil air walau dah bayar buat ramai gelak - "Kalau aku dah nangis dah."

Kanak-kanak sekolah terutamanya yang masih bersekolah rendah rata-rata mempunyai gelagat dan perangai yang sangat mencuit hati. 

Terbaru, tular mengenai gelagat seorang budak lelaki yang berpatah balik ke kantin kerana lupa mengambil air yang telah dibayar telah menarik perhatian netizen.

"Kan saya dah bayar duit air yang gas tu.."

Menerusi video yang dimuat naik oleh @thesumkopi di Tiktok, lelaki ini yang bekerja sebagai 'acik kantik' di sekolah rendah tersebut sempat merakam gelagat comel seorang budak lelaki yang menjadi pelanggan terakhirnya pada hari itu.

Dengan nafas tercungap-cungap ditambah dengan memakai pelitup muka, pelajar tersebut berpatah balik dan berkata untuk mengambil air berkarbonat A&W yang telah dibayarnya.

Apa yang mengundang tawa netizen ialah cara percakapan budak tersebut yang tidak jelas sehingga terpaksa membuka 'mask' untuk mengulang cakap bagi mengambil 'hak'nya yang telah dibayar.

"Kalau aku baya2 adik ni rasa nak nangis tau.."

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat gelagat budak lelaki tersebut yang terpaksa mengulang percakapannya kerana tidak jelas. Ada juga yang berkata jika dia seusia kanak-kanak tersebut, pastinya sudah menangis kerana malu.

"Mesti dia beranikan diri patah balik.."

Ada juga netizen ynag turut terhibur dengan gelagat kanak-kanak tersebut yang dipercayai memberanikan diri untuk patah balik dan mengambil minumannya yang telah dibayar.

"Nasib dia bukak mask, kalau tak sampai bila tak faham.."

Ada juga netizen yang berseloroh jika kanak-kanak tersebut tidak membuka pelitup muka yang dipakai, pastinya apa yang dicakapkan langsung tidak akan difahami sampai bila-bila.

 

 

Anda masih keseorangan?

1,009,887 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen