Salah kecam pemandu treler, anak wanita ini tampil bela ibu - "Bukan ibu yang langgar."

Tular baru-baru ini tentang satu kejadian mencemaskan antara sebuah treler yang dipandu wanita berusia 35 tahun yang melanggar seorang penunggang motosikal yang sedang mengisi angin tayarnya di sebuah stesen minyak.

Walaupon hanya mengalami kecederaan kecil disebabkan insiden yang berlaku, namun ianya masih mencetus amarah netizen.

"Bukan mak saya yang langgar.."

Rentetan kejadian itu, netizen yang masih 'panas' nampaknya telah salah mengecam seorang wanita yang turut sama membawa treler lebih-lebih lagi ianya berwarna merah.

Salah sangka tentang video yang dimuat naik oleh ibunya adalah berkaitan treler merah yang lebih kurang sama, ramai yang mengecam dan tidak putus-putus menghantar mesej di aplikasi Whatsapp, Facebook dan Instagram bertanya mengenai hal yang berlaku.

Justeru, anak wanita ini tampil membela ibunya dengan memuat naik satu posting di Facebook menjelaskan keadaan agar orang ramai berhenti mengecam ibunya.

 

"Kesian mak saya kena tempias."

Tambah Waniey lagi, dia bersimpati dengan ibunya yang turut terpalit dengan insiden tersebut walaupon sebenarnya ibunya merupakan salah seorang yang membantu mangsa tersebut. Dia juga berharap orang ramai berhenti bertanya dan menyalahkan ibunya atas kesalahan yang sama sekali tidak dilakukan.

Malahan, Waniey turut meminta mereka untuk menghubungi sendiri mangsa jika ingin tahu mengenai hal ini dengan lebih lanjut.

 

Anda masih keseorangan?

1,009,886 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen