Usik member bagi tilam Hello Kitty, tak sangka rakan 'excited' buat ramai terhibur - "Ingatkan tak suka.."

Tidak kira lelaki atau wanita biasanya mempunyai karakter kartun pilihan yang mereka sukai. Jika karakter tersebut menjurus ke arah keperempuanan, jarang sekali ianya akan diminati oleh golongan lelaki atas faktor warna, reka bentuk dan sebagainya.

Lain pula halnya dengan seorang lelaki yang nampak teruja apabila diberikan tilam denggan corak kartun 'Hello Kitty' menarik perhatian netizen.

"Member kena khianat sebab masuk rumah sewa lambat."

Menerusi video yang dimuat naik oleh @beautipul di Tiktok, merakamkan reaksi rakannya yang terlebih 'happy' mendapat tilam Hello Kitty tersebut.

Mereka yang pada mulanya berniat untuk mengenakan rakan mereka dengan memberi tilam tersebut sebagai 'denda' akibat masuk lewat terkejut dengan 'plot twist' yang diterima kerana ternyata lelaki tersebut tidak marah malah suka.

"Comel time dia meringkuk atas tilam tu.."

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa terhibur dengan gelagat rakan mereka yang tidak disangka-sangka itu. Malahan reaksi 'terlebih excited' yang ditunjukkan sehingga membuatkan lelaki tersebut meringkuk di atas tilam buat netizen ketawa.

"Nampak macam stress je bang."

Ada pula netizen yang menyatakan lelaki tersebut sebenarnya tertekan dengan tilam yang diterima namun terpaksa buat buat bahagia.

 

 

 

Anda masih keseorangan?

1,009,866 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen