Baru-baru ini, tular mengenai kisah sepasang adik beradik yang hidup susah sehingga terpaksa bergilir memakai kasut ke sekolah di Kota Bau Bau, Sulawesi Tenggara, Indonesia.
Kisah tersebut mendapat perhatian secara meluas oleh rakyat Indonesia yang rata-rata sebak dengan perkongsian tersebut.
Kasut ada satu je, satu lagi rosak
Menerusi video yang dimuat naik oleh Trbunwow Official di Youtube, menunjukkan kisah menyayat hati tersebut yang melibatkan dua adik beradik bernama Nadia Blink (kakak) dan Riski Blink (adik) yang hanya mempunyai satu kasut sekolah manakala satu lagi rosak sehingga mereka terpaksa bergilir memakai kasut.
Pasangan adik beradik yang masing-masing berumur 11 dan 9 tahun itu dikatakan telah berkongsi kasut sejak beberapa bulan lalu.
Waktu sekolah berbeza, jadi boleh kongsi kasut.
Difahamkan, atas faktor masa sekolah yang berbeza, mereka boleh berkongsi kasut yang sama. Hanya perlu menunggu kakak balik dari sekolah dan kemudian adik boleh memakai kasut pula. Begitu juga sebaliknya dan itulah turutan yang mereka patuhi.
"Kalau saya masuk pukul 10 pagi,saya akan tunggu dia selesai dulu, baru pakai kasut." - Nadia
Salah sorang terpaksa mengalah kalau waktu sekolah sama
Apa yang menyedihkan adalah jika waktu sekolah tiba-tiba bertembung sama, maka salah seorang daripada mereka terpaksa mengalah dan hanya seorang yang boleh memakai kasut ke sekolah.
"Semangat mereka nak ke sekolah sangat luar biasa. Walaupn hanya ada sepasang kasut, danterpaksa digunakan secara bergilir," - Penduduk Kampung
Ketua Polis bagi bantuan
Menurut laporan Suara.com dalam kenyataan Ketua Polis Baubau, AKBP Rio Takari sangat tersentuh dengan situasi yang dihadapi oleh kedua adik-beradik ini.
"Saya sanagt terharu saat membayangkan masa kecil saya yang turut ada pengalaman yang lebih kurang sama seperti mereka. Dan saya nak beri semangat kepada mereka."
"Saya nak mereka kekalkan semangat walaupon mereka susah, percayalah Allah itu Maha Baik dan Maha Hebat dalam segala jalannya. emmberikan bantuan kepada umatnya yang mencuba." - Rio Takari
Rio Takari kemudian memberikan bantuan berupa peralatan sekolah dan memberikan motivasi serta dorongan buat kedua beradik ini agar tidak patah semangat.
Tinggalkan Komen