Pelajar jaga abang OKU, kunci Dekan setiap semester

Oleh: Shasha Zack

Demi keluarga tersayang, tiada apa yang mustahil untuk dilakukan walaupon ianya penuh dengan ranjau berduri.

Itulah yang dilalui oleh seorang pelajar, Muhammad Hakimi Abdullah dalam membahagikan masa antara belajar dan menjaga abangnya.

Berkat jaga abang OKU, dekan setiap semester

Pelajar Politeknik Kota Bharu, Kelantan ini sentiasa memperoleh keputusan dekan setiap semester kerana berkat menjaga abangnya, muhammad Khairul Anuar Abdullah yang kurang upaya sejak lahir.

Tolong ayah angkat abang untuk mandi

Menurut Harian metro, Hakimi akan membantu bapanya mengangkat abangnya setiap kali mandi atau pergi ke tandas yang terletak di bahagian luar rumah.

Bukan penghalang untuk dapat keputusan cemerlang

Biarpun sibuk menguruskan abang, rutin tersebut bukan penghalang untuk Hakimi mendapat keputusan cemerlang setiap semester.

"Alhamdulillah, walaupun tak dapat bagi sepenuh perhatian masa belajar, saya masih dapat keputusan cemerlang. Malah saya sentiasa berfikiran positif selain tidak menganggap menguruskan abang ialah satu beban." - Hakimi

Ibu faham peranan sebagai pelajar

Memetik laporan Harian Metro, Hakimi turut bersyukur dikurniakan ibu yang memahami peranananya sebagai seorang pelajar. Malahan, ibunya turut berkorban masa menjaga abangnya dan sanggup tidak keluar menoreh jika Hakimi ada kelas yang perlu dihadiri.

"Ibu dan ayah sudah berumur, saya tak benarkan mereka mengangkat abang sebaliknya saya yang lakukan sendiri walaupon ada masanya mengalami sakit belakang dan lenguh badan." - Hakimi

Tak pernah rasa malu ada abang OKU

Hakimi juga menegaskan bahawa tidak pernah terdetik pon rasa malu mempunyai abang OKU. Malahan dia bangga dan menganggap abangnya adalah sebagai 'ahli syurga' buat mereka sekeluarga.

 

 

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen