Teknologi semakin lama semakin maju, malah pelbagai kemudahan teknologi yang dihasilkan banyak membantu kehidupan seharian kita hari ini.
Bagaimanapun, tanpa sedar teknologi yang dihasilkan untuk kegunaan golongan kurang upaya namun turut digunakan pakai untuk mereka yang normal.
Berikut adalah lima produk yang dihasilkan yang pada asalnya untuk golongan kurang upaya.
Mesin taip/papan kekunci
Penggunaan papan kekunci pada komputer riba dan telefon pintar sememangnya menjadi kegunaan yang meluas ketika ini.
Mesin taip ini telah dihasilkan oleh seorang pencipta Itali bernama Pellegrino Turri, disebabkan rakannya tidak dapat menulis surat dengan tangan kerana buta.
Disebabkan itu, pada tahun 1608, Pellegrino telah menghasilkan mesin taip pertama yang menggunakan kunci dan lengan logam aksara timbul. Selain turut mencipta kertas karbon sebagai dakwat mesin berkenaan.
Berus gigi elektrik
Pada tahun 1954 berus gigi elektrik telah dihasilkan bagi membantu orang yang mempunyai kekuatan, mobiliti dan kawalan yang terhad untuk memberus gigi dengan lebih baik.
Ciptaan ini disedari bagus untuk semua orang maka kebanyakkan doktor gigi mengesyorkan penggunaan berus gigi elektrik.
Aplikasi ‘speech to text’ dan pengecaman suara
Buat pengguna iPhone, pastinya mengetahui akan bantuan Siri yang ada di dalam aplikasi tersebut. Malah kini, pengguna Android juga mempunyai aplikasi yang sama.
Untuk pengetahuan, perisian ini telah dicipta pada tahun 1990an yang mana membolehkan pengguna menghasilkan dokumen bertulis dan menyimpan serta mmebuka dengan suara mereka.
Fidget Spinner
Mainan yang popular pada tahun 2017 di mana jika diputarkan dapat menenangkan diri dan meningkatkan tumpuan.
Seorang jurutera bernama Catherine Hettinger mencipatkan alat ini untuk anaknya yang berusia 7 tahun pada tahun 1993. Bagaimanapun, pada tahun 2000, pengilang mula mempromosikan semula pada tahun 2000 untuk membantu mereka yang mengalami autisme, ADHD dan gangguan kebimbangan.
Straw boleh bengkok
Buat yang tidak tahu straw bengkok ini telah dihasilkam oleh Joseph Friedman selepas mendapat idea apabila anak perempuannya tidak beruppaya menggunakan penyedut minuman lurus.
Walaupun alat ini bukan dicipta untuk golongan kurang upaya, namun hospital merupakan tempat pertama yang menerima ciptaan ini kerana membantu pesakit yang terbaring untuk minum.
Tinggalkan Komen