Tak perlu majlis 'fancy', gadis tetap ‘happy’ walau hanya tunang di kedai makan

Oleh: Shasha Zack

Kisah romantis lelaki ini melamar kekasihnya di sebuah restoran pernah tular pada bulan yang lalu. Persiapan yang 'last minute' tetap membuahkan hasil setelah kekasih hati bersetuju dengan lamaran tersebut membuatkan netizen teruja.

"Alhamdulillah settle another part.."

Lelaki ini sekali lagi menarik perhatian netizen apabila memuat naik satu lagi video mengenai pertunangan ringkas dan sempoi antara dia dan kekasih hati di sebuah restoran. Hanya berbekalkan sebentuk cincin, pertunangan berjalan lancar saat ibunya menyarung cincin di jari bakal isterinya.

Benda senang je.."

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen teruja dengan kisah yang dikongsikan lelaki ini. Malahan ramai yang memuji pasangan ini kerana hanya membuat majlis tunang secara mudah tanpa merumitkan keadaan.

"Teringat bertunang 12 tahun dulu.."

Ada juga netizen yang mengimbau zaman bertunang 12 tahun dahulu yang lebih ringkas dengan hanya pihak lelaki datang ke rumah dan terus membincangkan soal kahwin.

"Boleh buat macamni takpayah susah2.."

Ada juga segelintir netizen yang mahu mencontohi cara mudah seperti yang dibuat oleh pasangan ini kerana ianya lebih jimat kos dan tidak menyusahkan mana-mana pihak.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen