Bantu lunaskan impian Allahyarham, Ebit Lew hadiahkan tiket umrah kepada ibu bapa Zulfarhan

Oleh: Shasha Zack

Sejak seminggu lalu, Ustaz Ebit Lew kini kembali aktif membantu orang ramai ketika pulangnya beliau dari mengerjakan umrah ke tanah air.

Terbaru, Ustaz Ebit Lew membuat kunjungan ke rumah arwah Zulfarhan untuk menjenguk keadaan ibu bapa bekas penuntut UPNM tersebut.

"29 Nov, hari lahir arwah.."

Menerusi posting yang dibuat oleh Ustaz Ebit lew di Facebook, seawal Subuh dia telah bergerak ke Skudai Johor untuk melawat ibu bapa Zulfarhan kerana 29 November merupakan tarikh lahir allahyarham.

Sempena tarikh penting itu, Ustaz Ebit telah memberikan hadiah berupa tiket pakej umrah buat kedua ibu bapa arwah demi melunaskan impian Allahyarham Zulfarhan yang ingin membawa kedua ibu bapanya menunaikan umrah.

"Memang teringin nak pergi."

Ibu bapa arwah yang terharu dengan pemberian Ustaz Ebit menyatakan mereka sememangnya telah lama memasang hasrat untuk menunaikan umrah. Pemberian hadiah oleh Ustaz Ebit sememangnya sangat dihargai oleh kedua ibu bapa arwah malahan bersyukur akhirnya dijemput Ilahi untuk menunaikan umrah melalui Ustaz Ebit.

"Sempat ziarah kubur arwah tadi.."

Di kesempatan yang ada, Ustaz Ebit sempat menziarahi kubur arwah Zulfarhan dan menitipkan doa buat arwah di sana. Dorongan dan kata-kata semangat juga diberikan oleh Ustaz Ebit buat kedua orang tua Allahyarham Zulfarhan yang tidak henti-henti menangis sepanjang lawatan bersama Ustaz Ebit.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen