Tiga tahun terlantar, warga emas kembali sihat lepas terima suntikan vaksin Covid-19

Oleh: Zuzu Yasmine

Penghasilan vaksinasi untuk membenteras virus Covid-19 nampaknya sememangnya sangat membantu orang ramai menjalani rutian harian seperti sebelum pandemik lagi.

Dapat berjalan lepas suntik vaksin Covid-19.

Bukan itu sahaja, di Thailand seorang warga emas dikatakan dapat berjalan semula selepas menerima dos lengkap vaksinasi Covid-19.

Memetik laporan media Thailand Channel 8 News, warga emas berkenaan menghidap penyakit kencing manis, darah tinggi dan pelbagai penyakit lain hingga membuatnya terlantar selama tiga tahun.

Bagaimanapun, selepas menerima dos pertama vaksin Covid-19, tanpa disangka rasa sakit dan lemah yang dirasai tiga tahun lalu hilang malah dirinya kini boleh melangkah sendiri tanpa bantuan.

Kejadian tersebut mengejutkan ramai hingga ahli keluarganya ahli perubatan tidap percaya serta terkejut tentang perubahan tersebut.

Menurut pakar perubatan tersebut, vaksinasi yang diterima warga emas berkenaan telah merangsang sel di dalam badan, organ dan jantungnya membuat lebih kuat.

Ada pakcik boleh main Muay Thai.

Namun begitu, bukan hanya satu kes malah terdapat seorang lagi warga emas berusia 70 tahun turut dikatakan sembuh dari penyakitnya selepas menerima vaksinasi Covid-19.

Bagi membuktikan kesihatannya itu, warga emas tersebut melakukan latihan Muay Thai ketika pasukan perubatan dan media datang ke rumahnya.

Meskipun begitu, masih belum ada pengesahan bahawa vaksinasi Covid-19 ini membantu menyembuhkan penyakit lain ataupun tidak. Namun sudah tentu dia membantu mengawal penularan Covid-19.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen