Selama ni panggil Belle ingatkan Nabilah, sekali nama penuh buat member garu kepala

Oleh: Shasha Zack

Mempunyai 'nickname' sendiri bukan lagi sesuatu yang pelik dalam masyarakat kita. Namun biasanya, nama gelaran yang diperoleh adalah berdasarkan perangai empunya diri  atau nama yang hampir dengan nama sebenar.

Namun begitu, cerita yang tular baru-baru ini mengenai 'pembongkaran' nama sebenar rakan yang selama ini dipanggil Belle telah mencuri tumpuan netizen.

"Gasak lah bakal suami.."

Menerusi posting di Twitter oleh @mayom, dia sangat terkejut ketika melihat nama sebenar rakannya yang selama ini dipanggil Belle di lesen memandu gadis tersebut.

Berkongsi nama sebenar rakannya yang unik, empunya akaun Twitter ini sendiri mengaku tidak pandai menyebut nama tersebut dengan tepat kerana sememangnya sangat susah dengan ejaan yang agak 'rare'.

Ada juga netizen yang menyuarakan 'kesusahan' yang bakal dihadapi oleh Tok Kadi ketika mahu menikahkan rakan gadis tersebut kerana namanya yang susah disebut.

"Sorry aku ingat nama dia typo."

Ada juga yang berseloroh menyangka bahawa nama rakan gadis tersebut seperti satu kesalahan ejaan.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen