Orang kata kuman seberang laut boleh nampak, gajah depan tak nampak. Sama jugalah dalam hal jodoh ini, yang depan mata biasanya orang tidak kisah lebih mencari yang jauh di mata.
Lamar rakan sekerja.
Situasi yang hampir sama dilalui pemuda dikenali sebagai Naufal Isfahan Hasmee ini apabila memilih rakan sekerjanya yang dikenali Nurul Annisa sebagai pasangan hidupnya.
Menurut perkongsian pemuda berusia 27 tahun itu di Instgaram dan TikTok menyatakan bahawa kesukaran mencari suri hati membuatnya beranikan diri merisik gadis tersebut.
“Susah sangat cari jodoh, sudahnya terus pergi merisik kawan sekerja. Selesai,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Dalam video yang dikongsinya itu, memaparkan moment romantis apabila membawa bakal isterinya membeli sebentuk cincin di sebuah kedai emas.
Pemuda yang mesra dengan panggil Izz itu turut berkongsi kelebihan yang ada pada gadis berkenaan hingga memilihnya sebagai pasangan hidup.
“Manis itu tarikkan, tapi sentiasa mengaku salah & sentiasa mintak maaf itu idaman. Macam tak percaya je tiba-tiba dah jadi tunang,” kongsinya.
Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet turut tumpang gembira selain mendoakan urusan pasangan tersebut dipermudahkan. Malah, ada juga yang memuji kemanisan gadis pilihan jejaka tersebut.
Tinggalkan Komen