Kemenangan KL City, hadiah persaraan termanis buat Shukor Adan

Oleh: Zuzu Yasmine

Kejayaan Kuala Lumpur City (KL City) menjuarai TM Piala Malaysia 2021 selepas berjaya menewasakan juara Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) dengan 2-0 pada perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil nampaknya menjadi buah mulut peminat bola sepak tempatan.

Malah penantian 32 tahun berakhir apabila KL City berjaya bergelar juara sekaligus menundukan JDT yang merupakan antara pasukan digeruni.

Bukan itu sahaja, kemenangan tersebut turut menjadi hadiah persaraan kepada pemain bola sepak lagenda, Shukor Adan yang berusia 42 tahun.

“Saya dengan ini mengumumkan persaraan sebagai pemain di Liga Malaysia. Terima kasih kepada semua yang menyokong saya sepanjang 24 tahun bergelar pemain.

“Kejayaan ini cukup manis buat saya sebelum menutup buku sebagai pemain,” katanya selepas tamat perlawanan malam tadi.

Pastinya sangat berbangga dengan kejayaan yang dicapai pasukannya itu, pemain bola sepak berkenaan dikatakan telah dilamar selaku penolong ketua jurulatih KL City untuk musim depan.

Untuk makluman, pemain berasal dari Melaka ini memulakan karier profesionalnya bersama Negeri Sembilan pada tahun 2000 dan dia pada asalnya seorang penyerang sebelum penyertaan di Selangor pada 2009 telah mengubahnya kepada pemain di posisi pertahanan.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen