Terlampau nervous, pengantin sebut alat sekolah sebagai mas kahwin buat ramai berdekah

Semua pasangan mengimpikan hubungan mereka berakhir di jinjang pelamin. 

Namun begitu, dalam meniti bahagia, ada insan lain yang 'nervous' di sebalik itu iaitu kaum suami yang akan melafazkan ijab kabul.

Itulah yang berlaku kepada seorang pengantin lelaki yang tersasul semasa ijab kabul semasa majlis akad nikah yang sedang berlangsung.

"Aku terima nikahnya seperangkat alat sekolah.."

Video yang tular dari Indonesia itu dikongsikan oleh @majeliskopi08 di Instagram yang menunjukkan sepasang pengantin sedang berada dalam majlis akad nikah mereka.

Situasi bertukar gamat apabila pengantin lelaki tersasul menyebut alat sekolah sebagai pengganti mas kahwin sehingga mengundang tawa semua yang melihat mereka. 

"Saya sangat terhibur."

Tinjauan ke ruangan komen mendapati ramai yang terhibur melihat gelagat pengantin lelali yang terlampau gementar tersebut. 

"Rindu sekolah ya.."

Ada juga yang berseloroh kerana menyebut alat sekolah, mungkin pengantin lelaki rindukan sekolahnya.

 

Anda masih keseorangan?

1,039,175 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen