Cuma betulkan 'mask', gadis JDT viral dalam rakaman live di Stadium Bola

Oleh: Shasha Zack

Beberapa hari lalu, pasukan bola sepak JDT telah meraih kemenangan dalam perlawanan menentang Terengganu FC dengan mata 3-0.

Kemenangan tersebut tentunya disambut meriah oleh semua penyokong JDT tidak kira yang menonton di stadium mahupun di rumah.

Dalam pada menonton perlawanan yang berlangsung, satu insiden telah mencuri tumpuan ramai apabila kelibat seorang gadis yang hanya membetulkan pelitup muka yang dipakai menjadi tular di Tiktok.

"Dia buka mask comel.."

Berniat untuk merekod suasana dalam stadium, seorang lelaki tidak sengaja merakam gelagat comel seorang gadis yang sedang membetulkan pelitup muka yang dipakai sehingga ianya mencairkan hati ramai pihak.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @aiman_az9 di Tiktok, gadis tersebut lebih mencuri tumpuan ketika dia berpaling ke arah kamera tanpa sengaja sehingga membuatkan seorang lelaki yang berbaju merah terpegun melihat wajah ayu di sebalik mask tersebut.

"Aku dah agak perempuan tu mesti masuk Tiktok."

Menjengah ke ruangan komen, ternyata para lelaki yang turut sama menonton perlawanan di stadium menyedari kehadiran gadis berbaju putih tersebut. Sehingga ada seorang netizen yang boleh mengagak bahawa gadis ini pasti tular di Tiktok kerana kecantikannya.

"Drama scala jauh."

Ada juga netizen yang menyifatkan situasi yang berlaku adalah seperti drama skala jauh.

"Ingatkan aku sorang je usha baju putih tu."

Malahan ramai juga yang meninggalkan komen di video ini mengatakan sangkaan bahawa hanya dia sahaja yang perasan kewujudan gadis cantik tersebut.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen