Semua orang mempunyai impian yang dikejar dengan harapan menggunung. Tak kira apa sekalipun, jika memang itu yang diharapkan, pasti kegembiraan sangat dirasai ketika seseorang itu berjaya memperolehinya.
Happy berlari dapat beg 'Grabfood'
Itulah kegembiraan yang dirasai oleh rakan @mateddy7792 yang berkongsi kegembiraannya kerana akhirnya berjaya menjadi seorang 'Grabfood rider' setelah 3 tahun menanti.
Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi dari netizen setelah menonton video tersebut. Ada yang sebak melihat gelagat lelaki berkenaan dan tidak kurang juga yang bangga dengan pencapaian. yang diperoleh setelah lama menanti.
"Bro gua tengok lu gua sedih.."
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersyukur melihat kegembiraan lelaki berkenaan.
Ada yang meluahkan rasa sedih kerana ketabahan lelaki ini menunggu kerja impiannya sehingga akhirnya berjaya membuatkan netizen ini 'salute' lelaki tersebut.
Semoga murah rezeki bang."
Tidak kurang juga netizen yang mendoakan lelaki tersebut dimurahkan rezeki.
"Baru tahu susah rupanya jadi rider.."
Melalui perkongsian ini, ada juga yang mengaku baru mengetahui bahawa sebenarnya procedure kelulusan mendapatkan kerja ini memakan masa yang lama.
Tinggalkan Komen