Wanita mangsa keganasan rumah tangga, selamat lahirkan bayi lelaki

Oleh: Zuzu Yasmine

Masih ingat akan seorang wanita yang menjadi mangsa keganasaan rumah tangga beberapa bulan lalu  selepas teruk dipukul oleh suaminya sendiri?

Disebabkan kejadian tersebut, mangsa koma dan lebih sedih lagi apabila mangsa dikatakan sedang hamil anak pertama.

Susulan itu, wanita berkenaan yang dikenali sebagai ahidah Nordin, 43, selamat melahirkan bayi lelaki secara pembedahan di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban, di sini, malam tadi.

Memetik laporan Harian Metro, Adiknya, Fauziah Nordin, 40, yang bertanggungjawab menjaga Jahidah sepenuh masa memaklumkan Jahidah menjalani pembedahan kecemasan kira-kira 9 malam tadi.

"Alhamdulillah, Kak Jahidah sudah lahirkan 'baby,' pembedahan kecemasan pukul 9 (malam tadi). Esok kena ke hospital tengok baby," katanya menerusi akaun Facebook miliknya, hari ini.

Menurut Fauziah, kakaknya kini masih berada di hospital dan dalam pemantauan 24 jam.

Pada Mei lalu, media melaporkan seorang penjawat awam dikejarkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bharu, Johor selepas dipercayai dicederakan suaminya.

Polis kemudiannya memburu suami yang dilaporkan ditahan pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9) Bukit Aman di Kuala Lumpur, 11 Jun lalu.

Artikel Lain

Tinggalkan Komen