Guru bantu murid OKU jalan, pimpin dengan sabar buat netizen sebak

Oleh: Shasha Zack

Benarlah kata orang, guru itu umpama lilin kerana dialah yang menerangi dalam gelap.

Begitulah yang tular baru-baru ini mengenai seorang guru wanita yang sangat sabar membantu seorang murid cacat penglihatan berjalan menggunakan tongkat.

"Tunjukkan jalanku agar terang.."

Difahamkan, video tersebut dimuat naik oleh seorang makcik kantin yang bekerja di sekolah tersebut, @wanieyhoney01.

Dia merakamkan keihklasan seorang guru yang membimbing anak muridnya yang cacat penglihatan berjalan melintasi longkang sekolah tersebut.

Dengan penuh kasih sayang, guru wanita berhati mulia itu mengajar anak muridnya secara perlahan demi kejayaan anak istimewa itu berjalan sendiri menggunakan tongkat telah menyentuh hati netizen.

"Sofia anak yatim.."

Menjelaskan situasi sebenar, makcik kantin ini menulis di ruangan komen bahawa pelajar OKU ini bernama Sofia yang merupakan seorang anak yatim. Ibu Sofia telah meninggal dunia namun masih mempunyai keluarga yang meyayangi anak istimewa ini iaitu abang danibu saudara yang sangat baik.

"Sebab tu kita kena ingat jasa cikgu."

Ramai netizen yang sebak melihat video ini menyatakan bahawa sememangnya guru merupakan individu yang tidak sepatunya kita lupakan walau di mana kita berada.

"Salute cikgu, untuk adik jangan putus asa.."

Segelintir netizen juga menunjukkan 'respect' pada guru tersebut malah mendoakan agar semua urusan guru itu dipermudahkan. Malahan kata sokongan turut diberikan buat pelajar OKU tersebut agar menjadikan kekurangan dirinya sebagai satu kekuatan.

 

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen