Viral kes dera budak di Taska, netizen bengang harap pelaku kena tangkap

Oleh: Shasha Zack

Kes dera anak-anak di Taska nampaknya bukan satu isu yang asing bagi rakyat Malaysia.

Terbaru, luluh hati melihat sebuah video yang tular menunjukkan penderaan terhadap seorang bayi yang dilempar mengunakan sesuatu dari seorang wanita.

Tiba-tiba bangun dan baling sesuatu kat baby

Menerusi video yang dimuat naik oleh Penang Kini di Facebook, terdapat seorang wanita yang hanya duduk di sebuah kerusi sebelum menarik rambut seorang kanak-kanak lelaki yang datang kepadanya.

Kemudian, dia tiba-tiba seorang lagi wanita meluru ke arah bayi yang sedang meniarap di bawah, dan membaling sesuatu yang berbungkus plastik ke arah si cilik tersebut sehingga menangis.

"Saya sebagai ibu sarankan pasang CCTV.."

Tinjauan ke ruangan komen mendapati rata-rata netizen bengang dan marah atas apa yang berlaku kepada bayi malang tersebut. 

Malahna ada seorang netizen mencadangkan agar semua taska memasanag CCTV untuk memantau pergerakan orang yang berada di dalam bagi mengelakkan perkara sebegini berlaku.

"Jiwa ada sakit."

Ada juga yang berpendapat bahawa wanita yang tiba-tiba menyakiti bayi tersebut kemungkinan mempunyai masalah jiwa dan mental yang kronik dan berharap agar wanita ini segera ditangkap.

"Kalau jadi kat baby aku, separuh mati aku kerjakan.."

Ada juga netizen yang naik angin berkata bakal membalas perbuatan wanita tersebut sehabis-habisnya sekiranya perkara tersebut berlaku pada anaknya.

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen