“Kanan makan, kiri tulis.” -Lelaki viral tunjuk kemampuan buat 2 kerja dalam satu masa

Oleh: Shasha Zack

Kidal sememangnya satu kelebihan yang unik untuk seseorang individu. Hal ini kerana, ia ibarat kedua-dua belah tangan berfungsi dengan sama rata secara total.

Sama lah seperti video seorang pelajar yang tular kerana menggunakan kedua belah tangan dalam satu masa sewaktu dalam kelas.

"Kumpul geng2 kidal."

Menerusi perkongsian @syahmizufayri_ di Tiktok, dia merakamkan sahabat sekelasnya yang sedang makan dengan tangan kanan sambil menyiapkan tugasan dengan tangan sebelah kiri telah mencuri tumpuan netizen.

Malahan, perkongsiannya itu telah menarik perhatian geng-geng kidal yang turut mendakwa mereka mempunyai tabiat sama dengan rakannya sekiranya mempunyai tugasan penting yang harus disiapkan segera namun lapar dalam masa sama.

"Ini lah kelebihan orang kidal."

Tinjauan ke ruangan komen, ramai yang kagum dengen kelebihan yang dimiliki oleh pelajar lelaki berkenaan dan menyatakan bahawa itulah kelebihan orang kidal yang tidak dimiliki oleh sembarangan orang.

 

"Kena buat macamni daripada melapar.."

Ada juga netizen yang mendakwa berperangai sama seperti pelajar lelaki tersebut kerana tidak sanggup berlapar demi menyiapkan tugasan.

"Kalau kat whiteboard tulisan rosak.."

Namun ada juga netizen yang mendedahkan kekurangan orang kidal di mana tulisan mereka akan menjadi tidak cantik sekiranya menulis dia atas papan putih.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen