"Ia akan berterusan..." -JPJ lancar OPS PeWA, fokus pematuhan undang-undang warga asing

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah menjalankan Operasi Khas Pemandu Warga Asing (Ops PeWA) sekitar ibu kota pada Khamis bagi mengesan kesalahan pemandu atau pemilik kenderaan yang gagal mematuhi undang-undang.

OPS PeWA fokus pematuhan undang-undang warga asing

Menurut Pengarah JPJ, Mohd Zaki Ismail, operasi dijalankan susulan maklum balas dan maklumat yang diberikan oleh orang awam.

"Ia bagi mengesan kesalahan pemandu dan kenderaan terutama warga asing yang tidak mengikut undang-undang ditetapkan."

"Sebanyak 144 notis saman dikeluarkan dan diambil tindakan di bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1897 dan Kaedah-Kaedah Pengangkutan Jalan."

-Zaki Ismail-

"Ia akan berterusan dijalankan..."

Tambah beliau, pelbagai kesalahan berjaya dikesan dan tak kurang juga yang ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) kerana kegagalan menyediakan dokumen perjalanan yang sah.

"Pelbagai kesalahan dikesan dilakukan warga asing antaranya tiada lesen memandu kompeten (CDL), tidak mempunyai lesen vokasional (PSV/GDL), insurangs kenderaan tamat tempoh serta lain-lain kesalahan teknikal."

"Tindakan penguatkuasaan berterusan akan terus dijalankan bagi mengenal pasti pengguna jalan raya yang gagal mematuhi undang-undang ditetapkan."

-Zaki Ismail-

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen