Dua kenderaan tertimbus bawah tanah runtuh, laluan ke Cameron Highlands ditutup

Satu laporan kejadian tanah runtuh telah diterima sekitar jam 1.44 petang di Seksyen 27 hingga Seksyen 30, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands pada Khamis.

Dua kenderaan terperangkap 

Menurut sumber, terdapat dua buah kenderaan melibatkan sebuah lori kecil dan sebuah kereta tertimbus di bawah runtuhan tersebut.

Mengikuti perkembangan semasa kejadian, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak dalam kenyataannya memaklumkan kini pasukannya giat menjalankan operasi mencari dan menyelamat mangsa terlibat.

"Setibanya jentera di lokasi, didapati tanah runtuh menghalang laluan utama ke Cameron Highlands."

"Berdasarkan maklumat awal, sebuah kenderaan terperangkap di mana terdapat mangsa di dalamnya. Operasi kini sedang dijalankan."

Susulan insiden, laluan di kedua-dua arah ditutup kepada semua aliran kenderaan.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen