Dalam pada kita merungut serta mempertikai wabak Covid-19 yang tidak berpenghujung ini, sedarlah bahawa suatu ketika dahulu seluruh dunia juga pernah berdepan nasib sama, malah penularan virus mereka jauh lebih teruk.
Berikut merupakan antara 8 jenis wabak yang pernah menyerang seluruh dunia pada pada zaman dahulu:
1. The Black Death (1346-1353)
Difahamkan, ia disebabkan oleh ketegangan bakteria Yersinia pestis yang mungkin sudah pupus hari ini dan telah disebarkan oleh kutu pada tikus yang dijangkiti.
Black Death telah menular dari Asia ke Eropah dan telah membunuh banyak nyawa sehingga rakyatnya kekurangan tenaga kerja.
2. Epidemik Polio Amerika (1916)
Wabak ini memberi kesan kepada kanak-kanak yang boleh menyebabkan kecacatan kekal kepada mangsa.
Ia bermula di New York City dengan catatan kes sebanyak 27,000 sementara kes kematian pula adalah 6,000 kematian di negara tersebut.
Walaubagaimanapun, selepas terhasilnya vaksin Salk pada 1954, epidemik polio berlaku secara sporadik sekaligus menujukkan penurunan dan mendapati kes terakhir dilaporkan pada tahun 1979.
3. Spanish Flu (1918-1820)
Penyebaran selsema itu dipercayai berpunca daripada keadaan tentera yang tidak bersih dan tabiat pemakanan zaman perang yang buruk semasa Perang Dunia I.
Dianggarkan seramai 500 juta orang dari Laut Selatan ke Kutub Utara menjadi mangsa kepada wabak ini, sementara sebanyak 1/5 daripada mereka meninggal dunia.
4. Asian Flu (1957-1958)
Virus ini dikenali dengan nama lain iaitu selsema burung.
Penyakit yang telah meragut lebih 1 juta nyawa ini difahamkan mula menular di China, kemudian menyebar dengan cepat sehingga tersebar di Singapura pada Februari 1957, Hong Kong pada April 1957 dan bandar-bandar persisir USA pada musim panas 1957.
5. Pandemik dan Epidemik AIDS (1981-sekarang)
AIDS antara virus paling lama wujud, namun kini kadar penularannya masih terkawal.
Wabak ini telah meragut kira-kira 35 juta nyawa sejak ia mula dikenal pasti yang mana menurut sumber ia mungkin berkembang daripada virus Chimpanzi yang dipindahkan kepada manusia di Afrika Barat pada tahun 1920-an.
Pun begitu, penyakit itu tidak dapat disembuhkan, namun ubatan yang berkembang pada tahun 1990-an membolehkan penghidap AIDS mengalami jangka hayat yang normal dengan rawatan biasa.
6. Selsema Babi H1N1 (2009-2010)
Virus jenis ini suatu ketika dahulu pernah menjadi antara ancaman paling ditakuti di seluruh dunia.
Penularan yang bermula di Mexico itu dengan pantas menyebar sehingga dalam satu tahun menjangkiti sebanyak 1.4 bilion orang di seluruh dunia serta membunuh antara 151,700 orang dan 575,400 orang.
Susulan insiden itu, kini vaksin yang digunakan bagi mengubati virus berkenaan telah termasuk vaksin selsema tahunan.
7. Wabak Ebola Afrika Barat (2014-2016)
Wabak ini telah menyerang Afrika Barat antara tahun 2014 dan 2016 dengan mencatatkan sebanyak 28,600 kes serta 11,325 kematian.
Namun begitu, kes pertama dilaporkan adalah di Guinea pada Disember 2013 kemudian tersebar ke Liberia dan Sierra Leone. Sementara, sebilangan kecil kes berlaku di Nigeria, Mali, Senegal, Amerika Syarikat dan Eropah seperti yang dilaporkan oleh Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit.
Lebih tragis, tiada penawar mampu mengubati wabak Ebola walaupun pelbagai cara telah diusahakan mencari vaksin sepanjang penularan itu yang didakwa berasal dari kelawar.
8. Wabak Virus Zika (2015)
Wabak Zika disebarkan melalui nyamuk Aedes dan ia juga boleh disebarkan secara seksual pada manusia.
Namun, ia tidak berbahaya kepada orang dewasa, hatta kanak-kanak tetapi memberi ancaman kepada rahim dan boleh menyebabkan kecacatan pada kandungan.
Selain itu, Zika berkembang dengan baik di dalam iklim yang hangat dan lembap. Justeru itu, Amerika Selatan, Amerika Tengah dan bahagian-bahagian Amerika Selatan antara kawasan utama untuk virus itu berkembang.
Tinggalkan Komen