"Arwah seorang baik hati, kami terkejut akan pemergian ini..." - Abang ipar mangsa tanah runtuh Cameron Highland

Oleh: Zuzu Yasmine

Petang semalam negara dikejutkan dengan kejadian tanah runtuh yang berlaku di Seksyen 27 FT 185, kilometer 27.10 Jalan Simpang Pulai-Blue Valley.

Dalam kejadian tersebut, seorang pemandu, Muhammad Hafiz, 31, disahkan maut tertimbus dalam kejadian tanah runtuh.

Memetik laporan Harian Metro, abang ipar kepada mangsa Rosli Saidin, 52, bergegas dari Butterworth, Pulau Pinang terus menuju ke Ipoh selepas mengetahui mengenai kejadian yang menimpa adik iparnya itu menerusi isteri arwah kira-kira 7 malam semalam.

"Pada mulanya anak saya ada melihat gambar lori dalam kejadian yang tular, namun tidak dapat pengesahan daripada sesiapa sama ada mangsa itu adik ipar saya," katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini malam tadi.

Beliau berkata, arwah memang kerap berulang alik ke Cameron Highlands untuk mengambil sayur.

Menurutnya, arwah disifatkan sebagai seorang yang ceria dalam keluarga dan baik hati dengan semua orang.

"Arwah memang seorang yang ceria dan baik hati, kali terakhir berjumpa buat majlis makan bakar-bakar bersama keluarga bulan lalu, dia juga yang memasak untuk kami semua.

"Kami memang agak terkejut dengan kejadian ini...namun kami sekeluarga reda dengan pemergian arwah," katanya.

Katanya, arwah mempunyai sepasang anak berusia kira-kira dua dan setahun hasil perkahwinan dengan adik perempuannya.

Terdahulu, jenazah Muhammad Hafiz tiba di di perkarangan Jabatan Forensik HRPB dengan trak polis pada 11.50 malam.

Sebelum ini media melaporkan, dua lelaki disahkan meninggal dunia selepas kenderaan dinaiki tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di laluan FT 185, Km 27.10 Jalan Simpang Pulau-Blue Valley, di sini, semalam.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen