Terkandas dalam hujan lepas 3 jam bawa motor, gadis bantu hantar pakcik pulang ke rumah

Oleh: Shasha Zack

 

Sayu hati melihat satu video yang menunjukkan seorang pakcik membawa motor seorang diri kemudian terbabas akibat jalan gelap sehingga tak siapa yang perasan akan kemalangan kecil yang berlaku itu.

Namun, syukur seorang gadis tergerak hati untuk berpatah balik dan membantu pakcik malang yang terkandas seorang diri dalam waktu hujan ini.

"Mujur tergerak hati patah balik tengok pakcik ni."

Video yang dimuat naik oleh @_teaah di Tiktok mendapat perhatian ramai gara-gara nasib malang yang menimpa pakcik ini sehingga membuatkan sesiapa yang menonton merasa sebak.

Menerusi kapsyen yang ditulis, gadis ini menceritakan bahawa pakcik ini membawa motor seorang diri dari Kuala Krai untuk pulang ke rumah keluarganya di Pasir Mas. 

Perjalanan mengambil masa selama 3 jam sehingga hujan tiba-tiba turun dan menganggu penglihatan pakcik ini ditambah jalan yang gelap dan mengakibatkan kemalangan ini berlaku.

 

"Sedihnya tengok pakcik tu.."

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa sedih melihat nasib malang yang menimpa pakcik tersebut apalagi dengan usianya yang sudah tua.

Atas kebaikan dan pertolongan yang dihulurkan gadis ni, ramai yang mendoakan agar urusan gadis ini dipermudahkan atas jasanya memudahkan urusan pakcik tersebut.

"Teringat kat ayah angkat selalu keluar naik motor.."

Ada juga netizen yang teringat akan bapa angkatnya yang selalu keluar menaiki motor pada waktu malam sehingga membuatkan keluarganya risau. 

"Allah hantar awak untuk bantu pakcik ni.."

Terdapat juga netizen yang berkata pertolongan gadis ini sangat bermakna buat pakcik tersebut dan mendoakan agar dimewahkan rezeki gadis ini.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen