Difitnah sudah 'berisi', gadis kahwin pada usia 18 tahun terkilan kata orang sekeliling -"Kami tahu halal haram..."

Oleh: Zuzu Yasmine

Berkahwin pada usia yang muda bukanlah satu perkara yang janggal lagi. Asalkan sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab tentunya tidak ada masalah untuk menghalalkan hubungan yang terjalin.

Malah, berkahwin muda ini lebih elok kerana dapat mengelakkan fitnah yang tidak disenangi apabila kerap kali keluar bersama saat bercinta.

Bagaimanapun, lumrah alam apabila ada sahaja yang tidak senang akan perkara sebegini sehingga timbulnya cerita-cerita yang tidak enak didengari.

Bila jodoh sampai awal.

Itulah yang dialami oleh wanita berusia 18 tahun ini apabila dituduh sudah ‘berisi’ kerana mendirikan rumah tangga pada usia yang muda.

Menerusi video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok dikenali sebagai @nabeealla, di mana dia meluahkan rasa apabila kurang senang dengan kata-kata orang sekelilingnya.

“Baru umur 18 tahun dah kahwin mesti ada anak dalam perut lah tu...” antara kata-kata yang dia terima.

Menurut @nabeealla, dia dan suami masih tahu halal dan haram malah mereka berkahwin awal disebabkan untuk mengelak fitnah orang.

“Bukan ada anak pun dalam perut ni, kami tahu halal dan haram sebab tu kami kahwin awal tak nak jadi fitnah mukut orang tak berakal,” tulisnya di dalam video tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, warganet memintanya agar tidak mempedulikan kata-kata orang sekeliling, malah ada juga yang berkongsi pengalaman sama dengannya.

Dugaan jodoh datang awal

Kahwin je dah sampai jodoh

Kongsi pengalaman sama

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen