Lambaian cikgu buat pelajar Sekolah Seri Puteri, undang sebak netizen

Oleh: Shasha Zack

Covid-19 yang menjangkiti pelajar Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya baru-baru ini mendapat liputan meluas dari media.

Setakat ini, 139 orang yang dijangkiti telah disahkan oleh Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Radzi Jidin dan dihantar ke Pusat Kuarantin dan Rawat Covid-19 (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang.

"Ambil video. Menggigil tangan.."

Apa yang mengundang sebak netizen adalah, lambaian dari guru-guru sekolah tersebut sewaktu pelajar-pelajar ini dibawa keluar oleh ambulans dan bas sekolah mereka.

Video yang dimuat naik semula oleh akaun Facebook, ERA Malaysia ini menunjukkan rakaman pelajar yang dibawa bersama suara latar seorang guru yang sedang menahan tangisan akibat sebak melihat pelajar mereka yang terpaksa dikuarantin kerana jangkitan Covid-19.

"Nak ambil video. Ya Allah menggigil tangan I tengok anak-anak ni. Aku nak nangis tengok budak-budak ni lah.."

"Moga dimudahkan urusan dan dilindungi Allah.."

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan agar semua yang dijangkiti Covid-19 tersebut dimudahkan urusan dan cepat sembuh.

"Sebak tengok.."

Ramai juga yang netizen yang berkongsi rasa sedih dengan guru-guru sekolah tersebut akibat melihat ramai anak-anak yang dijangkiti dibawa keluar oleh ambulans.

"Semoga semuanya cepat sembuh."

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen