"Beri laluan sis nak ke court ni..." - Anggota beruniform main TikTok ketika bertugas buat netizen bengang

Oleh: Zuzu Yasmine

Pastinya ramai tahu akan aplikasi global TikTok yang kini mendapat perhatian ramai. Mana tidaknya, platform ini bukan sekadar hiburan semata-mata namun terdapat juga selitan ilmu bergantung kepada penyampainya.

Bagaimanapun, dek terlalu ‘taksub’ dengan platform ini ada segelintir bagaikan tidak kisah mendedahkan perkara yang tidak sepatutnya.

Tidak terkecuali juga dengan anggota badan beruniform yang mana tidak ketinggalan menggunakan platform ini untuk mendedahkan kerja mereka.

Anggota beruniform main TikTok ketika bertugas.

Baru-baru ini, tular di laman Twitter akan sebuah video yang memaparkan seorang anggota beruniform bermain TikTok dan menjadikan tugasnya sebagai ‘content’.

Video yang dimuat naik oleh pengguna Twitter dikenali sebagai @My_CrimeWatch itu juga memaparkan anggota berkenaan berada di dalam sebuah kereta bersama beberapa individu lain termasuk seseorang yang dipercayai orang kena pengawasan (OKP) atau orang kena tahan (OKT).

Dalam video berdurasi 39 saat itu juga memaparkan kenderaan yang dinaiki itu sedang meminta laluan dari orang awam kerana dipercayai menuju ke mahkamah untuk perbicaraan.

“Mana etika kerja?”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mempersoalkan etika anggota beruniform berkenaan bermain TikTok semasa bertugas.

Malah, mereka turut meluahkan rasa tidak senang akan segelintir penjawat awam bermain TikTok semasa bertugas.

Tunggu tindakan tatatertib

Ingat 'review' produk ke?

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen