Isteri menangis, tak sangka dapat hadiah 'birthday' gelang emas besar, - "Tiba-tiba ajak pergi kedai emas.."

Oleh: Shasha Zack

Mempunyai pasangan yang saling menghargai adalah sebuah impian bagi individu yang telah berumah tangga. Tidak kira sekadar dengan kata-kata atau tindakan, ianya sudah cukup untuk buat mereka rasa bahagia.

Begitulah perkongsian seorang wanita yang menangis sebak apabila penghargaan suami untuk dirinya sangat besar dan tidak terjangkau akalnya.

"Pelik kenapa tiba2 tanya pasal emas.."

Menerusi video yang dimuat naik oleh @kiedaamay97 di Tiktok mendapat perhatian netizen yang turut sama sebak melihat suaminya yang bersungguh-sungguh merancang untuk memberi kejutan untuk wanita ini.

Difahamkan, isteri ini terkejut kerana tiba-tiba dibawa ke kedai emas dan diminta untuk mencuba beberapa gelang yang bersaiz besar.

Selesai mencuba, suaminya menyuruh isteri tercinta untuk tunggu di kereta dan membawa pulang gelang yang dicuba tadi sebagai hadiah sehingga membuatkan wanita ini terkejut besar.

"Ikhlasnya seorang suami.."

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tersentuh melihat usaha suami ini yang berhempas pulas erja demi memberi hadiah yang sangat mahal ini buat isterinya. Ada juga netizen yang menyifatkan suami ini adalah satu dalam sejuta yang sentiasa mengingati isteri dikala susah dan senang.

"Perempuan akan jadi ratu pada lelaki yang tepat.."

Ramai juga yang turut menangis bersama melihat keikhlasan suami ini dan menyifatkan wanita ini beruntung kerana menjadi ratu buat suaminya.

"Moga bahagia hingga ke jannah.."

Ramai juga yang mendoakan agar pasangan ini kekal dan bahagia hingga ke syurga.

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen