KJ wajibkan pemakaian 'tracker' untuk pengembara dari negara berisiko tinggi sepanjang kuarantin

Oleh: Shasha Zack

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menetapkan garis panduan pemakaian peranti pengesan buat semua pengembara yang tiba dari negara berisiko tinggi di Pintu Masuk Antarabangsa (PMA) KLIA sepanjang tempoh kuarantin menerusi sidang khas sebentar tadi.

BERNAMA - Upskilling, micro-credentials way forward in new normal - Khairy  Jamaluddin

Jalani swab test tambahan pada hari ke-3 dan ke-5 

Kata beliau lagi, semua pengembara tersebut perlu menjalani swab test tambahan jenis RTK-Ag pada hari ketiga dan kelima dari tarikh ketibaan mereka ke sini.

Laluan Perjalanan Vaksinasi Darat (VTL-Land) di antara Malaysia dan Singapura diteruskan setakat ini namun sekatan sementara terhadap 8 negara yang dikenal pasti sebelum ini akan terus dikekalkan.

Kes ini sampai di Malaysia terlebih dahulu sebelum disahkan oleh WHO

Hal ini berikutan kes baharu, varian Omicron yang melibatkan seorang pelajar, berusia 19 tahun yang bukan warganegara dari Afrika Selatan, melalui Singapura selepas tiba di PMA KLIA pada 19 November lepas telah menjalani RT-PCR Covid-19.

KJ juga menegaskan bahawa kes ini dikesan sebagai kes pertama di Afrika Selatan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia, (WHO) namun telah sampai ke Malaysia sebelum ianya dikenal pasti.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen