Dituduh tak bantu kewangan, suami tenang 'backup' isteri -"Kahwin la dulu baru tahu..."

Oleh: Zuzu Yasmine

Apabila sudah mendirikan rumah tangga, menjadi tugas seorang suami untuk mencari nafkah, namun sekiranya isteri dengan rela ingin membantu itu sekadar ehsan darinya.

Walau bagaimanapun, terdapat segelintir pihak yang kurang senang sekiranya hanya suami keluar bekerja manakala isteri duduk di rumah menguruskan rumah tangga sahaja.

Duduk dalam kereta, ikut suami pergi kerja.

Hal yang hampir sama dilalui pengguna TikTok dikenali sebagai @ihantesnuha_ apabila memuat naik video sedang makan di dalam kereta ketika menemai suaminya bekerja.

Menurut wanita berkenaan, perkara tersebut menjadi kebiasaan baginya sejak mereka bercinta lagi.

“Komen buat saya emosi mental sekali fizikal...”

Bagaimanapun, ada netizen yang tidak senang akan tindakan wanita berkenaan sehingga menyoalkan mengapa tidak berkerja dan mencari duit bersama.

Susulan itu, suami @ihantesnuha_ tampil memberi respon berkenaan perkara dengan menyatakan bahawa tugas mencari nafkah sememangnya tugas seorang suami nak-nak lagi ketika ini isterinya sedang hamil.

"Setuju bang, betul tu..."

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganey memuji akan sikap lelaki berkenaan yang dikatakan bertanggungjawab selain turut bersetuju dengan pendapatnya.

Malah, ada juga yang mendoakan kebahagiaan pasangan ini untuk terus bahagia hingga ke jannah.

Abaikan je kata-kata orang

Moga bahagia hingga ke jannah

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen