Sempena ulang tahun, kucing buat kejutan bawa duit dan belon untuk tuan

Memberi kejutan dengan mengirimkan duit dan belon kini menjadi fenomena dan secara tak langsung mendapat permintaan yang tinggi di luar sana.

Pun begitu, banyak kita lihat kejadian tak disangka apabila duit tersebut terbang bersama belon yang mungkin berpunca dari kesilapan penggubah, namun tiada siapa dapat menjangkakannya.

"Confirm tak terbang!"

Bagi mengelakkan kejadian sama terjadi kepada diri, gadis ini membawa kelainan dalam kejutannya yang mana perkongsiannya ada dimuat naik di laman Tiktok.

 

 

 

Perkongsian itu peroleh lebih 80 ribu tanda suka susulan melihat gelagat kucing peliharaannya yang membawa sendiri duit kertas dan belon untuk diberi kepada penerima.

Jika dapat dilihat, tali yang disambungkan antara duit dengan belon itu diikat kemas pada leher haiwan berkenaan sebelum dia berjalan membawa 'tanggungjawab' itu.

"Jangan bagi dia keluar rumah"

Menjengah ke ruangan komen, rata-ratanya kagum melihat kerjasama kucing itu dengan tuannya sehingga ada yang berhasrat untuk meminjam haiwan comel itu.

 

"So sweet Oyen"

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen