'Video call' dengan 'bestie', gelagat ibu bergosip dengan rakan buat gadis cemburu

Oleh: Zuzu Yasmine

Kawan saat ketawa itu ramai namun nak jumpa yang sanggup susah senang tentunya sangat payah. Tapi kalau dah jumpa seseorang seperti itu, pastinya ingin persahabatan yang terbina pastinya ingin berpanjangan hingga ke hari tua.

Gelagat ibu ‘bergosip’ dengan kawan baik.

Itulah yang dikongsikan oleh pengguna TikTok dikenali sebagai @bulanist ini apabila memaparkan gelagat ibunya sedang berbual di telefon bersama sahabat baiknya.

Menerusi video tersebut, awalnya ibu kepada pengguna TikTok berkenaan berkongsi penampilan yang dikenakan pada hari tersebut sebelum sambung ‘bergosip’ di telefon.

Bagaimanapun, keadaan menjadi lucu apabila tiba-tiba kereta di sebelahnya bertanya sekiranya ibunya itu ingin dibantu untuk mengambil gambar.

Malu apabila disapa seperti itu, ibunya hanya sekadar mengangkat tangan sambil ketawa sebelum terus menyambung ‘bergosip’ bersama dengan sahabat baiknya.

Dalam pada itu, pengguna TikTok berkenaan turut berharap agar di hari tuanya kelak dia dan rakan baiknya juga seperti ibu bersama sahabatnya.

“Dah tua nanti bestie i tak ceni i buang kat longkang,” tulisnya di ruangan kapsyen.

“Kita tua nanti macam ni okay!”

Sehubungan dari perkongsian tersebut, rata-rata warganet berharap turut merasai perkara yang sama seperti wanita berkenaan selain turut tag rakan karib masing-masing.

Malah, ada yang turut meluahkan perasaan bahawa dirinya tidak mempunyai sahabat baik.

Kawan sampai tua okay!

Kena 'ignore' dengan kawan

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen