Kluster Intan Delima 2.0, libatkan 32 pelajar & pensyarah KMNS positif Covid-19

Oleh: Zuzu Yasmine

Lagi kes membimbangkan ibu bapa yang melibatkan seramai 32 pelajar dan pensyarah Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan (KMNS) disahkan positif Covid-19, sejak semalam.

Memetik laporan Utusan Online, Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Pengurusan Bencana Daerah (JKPBD) Kuala Pilah, Mohd. Faizal Abdul Manap berkata, ketika ini Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kuala Pilah juga telah mengisytiharkan institusi tersebut sebagai kawalan secara pentadbiran.

“Seramai 32 pelajar dan pensyarah didapati positif Covid-19 dan dihantar ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) Tampin semalam.

“Segala pergerakan masuk dan keluar kolej dalam tempoh ini adalah tidak dibenarkan. Kami juga telah meletakkan anggota polis dan Rela di kawasan berkenaan,” katanya di sini hari ini.

Manakala, seramai 523 orang pelajar dan pensyarah telah menjalani ujian saringan Covid-19 sejak 18 November lalu sehingga kelmarin.

“Seramai 105 orang yang merupakan kontrak rapat sedang dikuarantin di kolej tersebut sehingga mendapat keputusan ujian saringan Covid-19,” katanya yang memberitahu jangkitan kes Covid-19 di situ telah dinamakan sebagai Kluster Intan Delima 2.0.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen