Baru-baru ini, penyanyi Datuk Nora Ariffin selamat diijabkabulkan dengan Dr Rushdi Ramli yang merupakan rakan arwah suaminya selepas 4 tahun membawa status ibu tunggal.
"Perkahwinan adalah satu ibadah.."
Datuk Nora Ariffin menghebahkan berita gembira tersebut melalui satu posting di Instagram miliknya dan memohon maaf atas kelewatan kerana hanya mengutamakan perkara wajib sahaja.
"Jodoh, rezeki, ajal adalah rahsia Allah.."
Menerusi kapsyen panjang lebar yang dicoretkan, Nora memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi kerana dipertemukan jodoh dengan rakan arwah suaminya sejak kecil, Johan. Merupakan seorang pensyarah kanan, Dr Rushdi Ramli selamat menjadi suami buat penyanyi berusia 48 tahun itu.
"Saya memohon doa dari semua untuk memperoleh keluarga sakinah, mawaddah.."
Malahan, Nora dengan rendah diri turut meminta doa dari semua kenalan dan para peminat untuk dia memperoleh keluarga yang sakinah dan mawaddah yang diimpikan oleh setiap keluarga. Tidak ketinggalan, Nora turut merakamkan jutaan terima kasih buat semua keluarga yang terlibat dan memberi sokongan selama ini.
Tinggalkan Komen