Kongsi foto anak mangsa keganasan rumah tangga, adik bersyukur si cilik jadi penguat kakak

Foto anak lelaki sulung kepada mangsa keganasan rumah tangga, Jahidah Nordin telah dikongsikan oleh adiknya Fazariah Nordin di laman Facebook hari ini.

Menerusi satu posting terbaru yang dimuat naik, Fazariah turut berkongsi gambar anak kakak sulungnya itu selain turut berjanji akan menjaga zuriat pertama kakaknya itu bersama ahli keluarga lain.

“Alhamdulillah… Maha Suci Allah… Kehadiran Baby J penyeri dalam keluarg Insya-Allah kami jaga awak dan berikan yang terbaik untuk awak baby,” tulisnya.

Syukur akan kehadiran si kecil itu, Fazariah juga beranggapan bahawa bayi berkenaan merupakan penguat semangat ibunya selian mengharapkan doa ramai agar kakaknya segera sembuh dan dibenarkan pulang.

“Bila rezeki itu dah tertulis untuk kita, maka memang ia tetap milik kita.. Penguat semangat ibunya ni. Doakan smoga ibu awak Jahidah Nordin cepat balik rumah tau,” katanya.

Sebelum ini, kakaknya yang dimasukkan ke Wad Obstetrik dan Ginekologi, Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) sejak 22 November lalu sebelum melahirkan anak secara pembedahan masih belum sedarkan diri.

Terdahulu, mangsa yang berusia 43 tahun mengalami kecederaan parah pada kepala, rahang, tulang belakang serta rusuk retak dipercayai akibat dipukul suaminya dalam satu kejadian di Johor Bahru.

Malah, media melaporkan suami mangsa Rosmaini Abd. Raof mengaku tidak bersalah memukul isterinya yang hamil sehingga koma ketika proses perbicaraan di mahkamah pada 17 Jun lalu.

Artikel Lain

Tinggalkan Komen