"Jangan sampai kau kena lempang..." -Anak naik angin ayah dikasari tukang urut

Setiap orang mempunyai cara tersendiri untuk mengubati sakit yang dialami, baik dengan cara moden atau tradisional seperti yang dilakukan oleh nenek moyang pada zaman dahulu.

Namun, perlu diketahui bahawa kedua-dua cara tersebut adalah berbeza dan tak semua orang boleh menerima cara tradisional ini yang sememangnya lain dari lain.

Berang tukang urat kasari ayah

Bercerita pengalaman itu, seorang pengguna Facebook ada berkongsi kisah yang dihadapi olehnya sekeluarga yang sedang dalam usaha untuk mengubati sakit ayahnya dengan cara tradisional.

 

 

Namun, lain pula yang terjadi apabila dia mendapati tukang urat terbabit sudah bertindak melebihi had sehingga anak-anak yang berada di situ naik angin melihat si ayah dikasari.

"Kurang ajar punya tukang urut, bukan bertambah sihat ayah aku, bertambah sakit ada lah, berlagak macam lah dia je yang pandai mengurut dalam dunia."

"Sampai nak lempang kenapa?"

Tidak dengan itu, dia turut mengkritik layanan tukang urut terbabit terhadap pesakit, nampak ganas sehingga dia hampir mengeluarkan tongkat kayunya seperti hendak memukul.

 

"Kenapa kurang ajar sangat ni?"

Susulan perkongsian, ruangan komen kelihatan agak dingin dengan pelbagai respon yang mana rata-ratanya meluahkan kekesalan terhadap perbuatan tukang urut yang sudah melampaui batas itu.

"Gila punya tukang urut"

"Bagus rakam..."

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen