Kereta kesayangan kemalangan, reaksi sayu warga emas buat netizen sebak!

Oleh: Shasha Zack

Setiap orang mempunyai barang yang paling disayangi dan dihargai atas sebab kenangan atau memori yang dicipta bersama sesuatu barang tersebut.

Begitulah kisah mengundang air mata seorang Atuk yang mengalami kerosakan kereta kesayangannya  yang telah berpuluh tahun berkhidmat untuknya.

"Satu-satunya kereta yang dia ada.."

Menerusi perkongsian video oleh @aiman.paperoll di Tiktok, menunjukkan seorang Atuk yang berjalan mundar mandir memeriksa keretanya yang telah rosak akibat jatuh ke dalam sungai.

Apa yang lebih menyedihkan, kereta tersebut merupakan satu-satunya kereta selain harta yang paling disayangi dan kenyataan ini membuatkan para netizen berkaca mata memikirkan betapa terkilannya Atuk ini yang masih tetap tersenyum.

Pitam masa nak memandu ke masjid

Satu lagi video dimuat naik oleh pemuda ini di Tiktok, menunjukkan punca sebenar kereta tersebut mengalami kerosakan. Difahamkan, Atuk ini pitam semasa dalam perjalanannya ke masjid sehingga mengakibatkan kereta yang dipandu hilang kawalan dan masuk ke sungai.

"Biasanya bukan tak mampu beli baru, tapi kenangan tu mahal.."

Tinjauan ke ruangan komen mendapati ramai netizen yang sebak dengan perkongsian ini.

Malah ada netizen yang memberi pendapat bahawa kenangan yang tersimpan pada kereta yang dimiliki membuatkan ianya lebih sedih kerana mempunyai nilai sentimental yang tersendiri.

"Dia sayang kenangan bersama kereta tu.."

"Kesiannya pakcik tu.."

Ramai juga yang bersimpati dengan nasib Atuk ini dan mendoakan supaya rezekinya melimpah ruah selain mendoakan kesihatan yang berpanjangan buat Atuk ini.

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen